SKRIN PERMULAAN









Skrin pertama yang anda akan lihat adalah skrin permulaan Excel 2000 dan ianya akan tersiar seperti di atas.

Bar Tajuk, Bar Menu, Toolbar, Kotak Nama, Edit Formula, dan Bar Formula






Bar Tajuk
terdapat pada atas skrin, ianya menyiarkan tajuk (atau nama) lembaran kerja. Kalau lembaran kerja itu belum lagi disimpan, maka nama default Book1 akan tersiar. Jika anda membuka satu dokumen yang telah pun disimpan sebelum ini, maka nama lembaran yang telah disimpan itu akan tersiar.
Bar Menu
mengandungi menu-menu yang akan menyenaraikan satu senarai arahan apabila anda klik pada salah satu daripada menu tersebut.
Toolbar
terdapat banyak fungsi yang dapat diperolehi daripada View>Toolbars,Anda boleh pilih arahan mana yang sesuai untuk memudahkan kerja anda. Standard dan Formatting adalah tools yang selalu digunakan.
Kotak Nama
menyiarkan posisi penunjuk tetikus pada sesuatu sel.
Edit Formula
untuk memasukkan formula ke dalam sel tersebut.
Bar Formula
akan menyiarkan kandungan sel (semasa anda menaip).Contohnya kalau bar bersempadan diletakkan di dalam sel D2 dan nombor 1234 ditaip, nombor yang sama akan disiarkan dalam Bar Formula seperti yang ditunjukkan di bawah. Untuk menerima nombor ini anda boleh menekan kekunci Enter ataupun klik butang Enter pada kiri butang Edit Formula.
Huruf Lajur, Nombor Baris, Tab Lembaran, dan Grid Helaian Kerja







Huruf Lajur
adalah ruang seperti kotak menegak yang ditanda dengan huruf abjad i.e. A,B,C dan lain-lain.
Nombor Baris
adalah kotak mendatar yang ditanda dengan i.e 1,2,3, dan lain-lain.
Grid Helaian Kerja
merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan helaian kerja.Satu helaian kerja sebenarnya selebar 256 lajur dan sepanjang 6553 baris. Apabila anda bergerak ke kanan melalui lajur Z, lajur seterusnya dilabel sebagai AA, AB dan seumpamanya. Lajur terakhir dalam semua helaian kerja dilabel IV.
Tab Lembaran (Sheets)
Tab Sheets yang terdapat pada bawah lembaran kerja menyiarkan lembaran kerja yang sedang digunakan. Disebabkan anda mungkin mempunyai lebih daripada satu lembaran dalam buku kerja anda, anda boleh menukar kepada lembaran kerja yang lain dengan klik pada butang Tab Sheet seperti di bawah
Anda boleh memberi nama kepada setiap lembaran kerja. Secara default, nama lembaran yang diberikan ialah seperti di atas. Contohnya untuk menamakan Sheet1 sebagai test1, klik dua kali pada nama Sheet1 dan taipkan test1 kemudian Enter.



Tidak ada komentar: