TEKNIK MENGOLAH DATA 3

  • Menyisip & Menghapus Lajur Dan Baris

Kadang-kadang anda mungkin perlu menambah satu baris atau lajur selepas memasukkan data dalam helaian kerja anda. Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan perintah Insert.

Untuk menyisip satu baris:

1. Pilih baris yang terletak di bawah baris yang ingin disisip (anda boleh klik nombor untuk memilihnya).

2. Klik kanan baris terpilih dan pilih Insert dari menu pintas.3. Satu baris baru akan disisip di atas baris terpilih.3. Satu baris baru akan disisip di atas baris terpilih.

3. Satu baris baru akan disisip di atas baris terpilih.



Kaedah yang sama juga digunakan untuk menyisip satu lajur baru.

Untuk menghapus lajur dan baris:

1. Anda boleh menghapuskannya dan mengalihkan data yang tertinggal untuk menutupi ruang kosong itu.

  • Menghapus Sel

Menghapuskan data dalam sel adalah perkara mudah: pilih sel dan tekan kekunci Delete.

Untuk menghapuskan sel:

1. Pilih sel yang ingin dihapuskan. Contohnya baris 5 dan 6.

2. Klik kanan sel terpilih dan pilih Delete dari menu pintas.
3. Dalam kotak dialog Delete, klik opsyen Shift cells up dan klik OK.

4. Sel yang terletak di bawah sel yang terhapus dialih ke atas untuk mengisi ruang kosong.

5. Jika opsyen Shift cells left dipilih dalam kotak dialog Delete, sel-sel di kanan sel terhapus yang akan dialihkan, dan sel-sel di atas dan di bawah sel terhapus tidak terjejas.
6. Jika anda tidak ingin menghapuskan sel atau kandungannya tetapi hendak menghapuskan format mereka (sempadan dan warna sel) tanpa mempengaruhi data, pilih sel yang terlibat dan klik Edit, Clear, Formats.

. Jika anda hendak menghapuskan hanya kandungan sel dan bukan sel atau formatnya, buka menu Edit, dan pilih Clear, Contents.

8. Jika anda tersilap menghapuskan sesuatu, klik butang Undo di bar alat Standard.



Tidak ada komentar: