TEKNIK MENGOLAH DATA 4

Mencari & Mengganti Data

Anda boleh mencari dan / atau mengganti rentetan teks, seperti nama syarikat atau pekerja, dan anda boleh mencari dan/atau mengganti nombor, sama ada digit tunggal atau rentetan nombor. Anda boleh juga memilih untuk mencari aksara dalam nilai sel, formula dan komen helaian kerja.

Untuk mencari satu perkataan atau nombor:

1. Buka menu Edit dan pilih Find (atau Ctrl+F).
2. Dalam kotak dialog Find, klik di dalam kotak Find what dan taipkan aksara (nombor, teks, simbol) untuk dicarikan.


3. Klik butang anak panah bagi Look in dan pilih opsyen anda. Contohnya, untuk mencari teks, pilih Values; untuk mencari formula, pilih Formulas; dan untuk mencari komen sel, pilih Comments.

4. Klik butang Find Next untuk memulakan carian. Excel akan menyerlah sel pertama yang mengandungi aksara carian.

5. Klik Find Next berulang kali untuk mencari setiap kewujudan rentetan aksara itu.

Untuk melakukan operasi mencari dan mengganti:

1. Bukakan kotak dialog Replace dahulu dengan mengklik menu Edit dan pilih Replace (atau Ctrl+h)
2. Dalam kotak dialog Replace, taipkan data yang hendak digantikan dalam kotak Find what.
. Taipkan data untuk diganti dalam kotak Replace with.

4. Klik Find Next dan Excel akan menyerlah kewujudan pertama.

5. Klik butang Replace untuk menggantikan data itu; klik Replace All untuk menggantikan semua kewujudan sekali gus.

Dalam jadual yang besar, carian dapat dilaksana dengan lebih cepat jika anda memilih By Rows atau By Columns dalam senarai jatuh turun Search, khususnya jika anda bermula dengan memilih satu sel dalam baris atau lajur yang hendak dicari. Dalam jadual yang kecil, tiada perbezaan sama ada terdapat pilihan dalam senarai Search.

Setelah selesai mempelajari serta memahirkan teknik ciri-ciri asas yang ada dalam topik satu, anda boleh meneruskan pelajaran anda ke topik kedua iaitu bagaimana menggunakan formula dan fungsi.




Tidak ada komentar: