TEKNIK MENGOLAH DATA

.Bekerja Dengan Lembaran
Apabila lembaran kerja anda makin bertambah besar, anda mungkin perlu bergerak daripada satu seksyen lembaran kepada yang satu lagi. Ini adalah sebabnya kekunci Ctrl amat berguna.
Data yang dimasukkan dalam lembaran boleh digolongkan kepada tiga kategori: label(teks), nilai (nombor,tarikh dan masa), dan formula (perkiraan).
Contoh-contoh yang berikut menunjukkan bagaimana kekunci Ctrl boleh digunakan bersama kekunci anak panah.
Sebagai permulaan:
1. Jadikan sel A1 sebagai sel yang aktif. Taip : “komputer" (atau tekan kekunci Tab, atau klik sel lain) 2. Klik butang tetikus pada sel P100. Anda juga boleh menaip P100 dalam Kotak Nama dan tekan Enter. Taip “Intel”.




3. Tekan dan pegang kekunci Ctrl sementara anda klik kekunci Home i.e. Ctrl + Home. Ini akan meletakkan bar yang terang itu pada sel A1.
4. Seiring dengan itu tekan Ctrl + End. Ini akan meletakkan bar yang terang pada sel terakhir i.e. sel P100.
5. Sekarang tekan Ctrl + . Ini akan meletakkan bar terang atas sel A100 i.e. sel yang pertama dalam baris 100.
6. Tekan Ctrl + End. Ini akan menjadikan sel P100 sebagai sel yang aktif.
7. Klik tetikus atas sel P101.
8. Seterusnya tekan Ctrl +. Sel A101 sepatutnya menjadi sel yang aktif.
9. Tekan Ctrl + . Sel yang aktif sekarang ialah sel IV101 i.e. sel yang terakhir dalam baris 101 pada ruang yang terakhir.
10. Tekan Ctrl + Home. Ini akan menjadikan sel A1 sel yang aktif.
11. Tekan Ctrl + .Ini akan menjadikan sel yang terakhir dalam ruang aktif i.e. sel A65536.
12. Tekan Ctrl +. Ini akan menjadikan sel IV65536 sebagai seel yang aktif. Ini adalah sel yang terakhir dalam lembaran.
13. Tekan Ctrl + Home. Sel A1 sepatutnya menjadi sel yang aktif.






Untuk menyalin masukan bagi sel, di atas sel aktif:
1. Tekan Ctrl + ‘ (tekan Ctrl dan kekunci koma atas ‘ serentak) di atas masukan yang telah anda taip.
2. Kemudian tekan Enter. Hasilnya adalah salinan masukan tadi. Teknik ini boleh digunakan untuk sel lajur di bawah sel masukan sahaja.

.Penggunaan AutoComplete



Jika anda ingin mengulangi satu masukan di mana-mana bahagian lajur yang sama (yang bukan setakat menjimatkan masa, malah mengelak daripada kesilapan menaip).
Taipkan beberapa huruf pertama masukan. Satu padanan cadangan muncul dalam sel. Fungsi ini dipanggil AutoComplete.
Jika masukan itu betul, tekan Enter. Jika tidak betul, sambungkan kerja men






.Penggunaan Pick From List


Jika anda ingin mengulang satu masukan yang telah wujud dalam lajur, anda boleh memilihnya dari satu senarai daripada menaipnya semula.
Klik kanan sel aktif, dan pilih Pick From List. Satu senarai bagi semua masukan dalam lajur itu muncul. Klik masukan yang sesuai.

Tidak ada komentar: